Tuesday, August 9, 2011

Doa pada bulan Ramadhan

Salam semua.... dah lama betul tak update blog nie kan?? Bukan apa masa tak ada and banyak sangat keja.. so malam nie lah peluang untuk aku luahkan segala yang ada dalam hati and segala yang dirancang selepas raya ini.
Pada bulan yang mulia ini aku mintak semu doakan aku semoga impian untuk bertunang dengan "Mohd Nasran" dimakbulkan doanya. Kami telah merancang untuk mengikat selepas raya and mengharap tiada lah halangan seperti sebelum2 nie.

InsyaAllah selepas Nasa habis exam kami akan buat majlis pertunangan kami nie rumah aku di Seremban. Pada masa ini aku perlukan sokongan dan doa dari semua kawan2 aku dan juga family aku. Memang betul kata orang kalau kita tak boleh nak sabar macam2 dugaan yang akan datang. Aku tidak pernah putus asa and tidak pernah putus untuk meminta kapada Allah supaya dipercepatkan pertunangan kami.

Ini semua bukan sebab aku tak sabar cuma aku tak suka orang bertanya banyak kali soalan yang sama. Ada tue siap bagi cadangan lagi pasal nak cari calon lain. Apa nie?? Aku bukan jenis yang boleh duduk diam and ikut ja..  Ohh TIDAK SAMA SEKALI.. Nie Nina... Aku akan ikut dengan kehendak aku. Rancangan sebelum ini bukan tak menjadi cuma untuk memberi ruang menstabilkan keadaan dan ekonomi.

Takkan nanti dah kawin ekonomi tak stabil.. Mana boleh macam tue... And jangan paksa kalu belum sedia.. Mungkin hubungan itu lama sebab untuk mengenali satu sama lain. Ya Allah.... Hanya Dia yang tahu isi htiku ini. Minta maaf sebab kali nie panjang lebar.. Aku cuba luahkan apa yang aku rasa and mungkin boleh jadi situasi dimana anda semua boleh memahami bagaimana rasanya bila mak ayah tanya banyak kali. Dan tiba2 ada pulak yang masuk campur hanya kerana tidak mahu aku bercinta lama.

Hmmmm..... Pada bulan ini aku mohon semua doakan lah semoga doa aku dimakbulkan...

0 comments:

Post a Comment